Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Kehadiran tentera AS diperluas di Filipina

MANILA, 2 FEB – Amerika Syarikat (AS) dan Filipina hari ini mengumumkan perjanjian untuk memberi tentera AS akses kepada empat lagi pangkalan di negara Asia Tenggara itu, ketika sekutu lama itu berusaha untuk menentang kebangkitan tentera China.

Perjanjian untuk meluaskan kerjasama dalam “kawasan-kawasan strategik negara tersebut” dibuat semasa lawatan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.

Ia muncul ketika kedua-dua negara itu berusaha untuk membaiki hubungan yang retak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Presiden Filipina sebelum ini, Rodrigo Duterte memihak kepada China berbanding bekas penjajah negaranya, tetapi pentadbiran baharu Ferdinand Marcos berminat untuk mengubahnya.

Empat lokasi baharu itu menjadikan jumlah tapak yang boleh diakses oleh tentera AS kepada sembilan, kata Austin kepada pemberita hari ini.

Rundingan-rundingan sedang berjalan bagi potensi tapak ke-10, seorang pegawai kanan Filipina memberitahu AFP.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin bercakap di samping rakan sejawatan Filipina, Carlito Galvez pada satu sidang media bersama di ibu pejabat tentera Camp Aguinaldo di metro Manila, kelmarin. – AFP

Pengumuman itu dibuat ketika AS membuka semula kedutaannya di Kepulauan Solomon selepas 30 tahun ketika ia bersaing dengan China untuk mendapatkan pengaruh di Pasifik Selatan.

AS dan Filipina mempunyai pakatan keselamatan selama berdekad-dekad yang merangkumi perjanjian pertahanan bersama dan Perjanjian Kerjasama Pertahanan Dipertingkat (EDCA) 2014, yang membenarkan tentera AS bergilir melalui lima pangkalan Filipina, termasuk yang berdekatan dengan perairan yang dipertikaikan.

Ia juga membolehkan tentera AS menyimpan peralatan dan bekalan pertahanan di pangkalan-pangkalan tersebut.

EDCA tersebut terhenti di bawah Duterte, namun Marcos telah berusaha untuk mempercepatkan pelaksanaannya.

Setiausaha pertahanan Filipina, Carlito Galvez memberitahu pemberita bahawa lokasi tapak baharu itu akan didedahkan kepada umum selepas masyarakat dan pegawai tempatan dirujuk. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -