Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kehadiran unit K9 bukan perkara luar biasa

    SHAH ALAM, 2 JAN – Kehadiran Unit Anjing Pengesan K9 (unit K9) bukanlah sesuatu perkara luar biasa dalam siasatan forensik kebakaran, malah ia merupakan satu prosedur yang diperlukan untuk menyiasat punca sesuatu insiden itu berlaku.

    Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nurdin berkata bagi setiap kes kebakaran yang melibatkan siasatan, unit K9 ini akan dipanggil kerana ia adalah satu daripada prosedur penyiasatan.

    “Bukan setiap kebakaran itu, apabila kita panggil unit K9 akan ada unsur sengaja dibakar. Tidak. Ia adalah ketetapan kami untuk memastikan bahawa unit ini dipanggil untuk melihat kepada segala kemungkinan,” katanya pada pemberita di lokasi kejadian iaitu Wisma Jakel, Seksyen 7, di sini hari ini.

    Jelasnya lagi, dua ekor anjing dari baka English Springer Spaniel bernama Rusty dan Sam yang digerakkan hari ini memang mempunyai kepakaran dalam menyiasat kebakaran.

    “Anjing-anjing ini ada fokus setiap kali operasi dan ia akan diturunkan secara pasangan.

    “Seekor akan mencari unsur (punca) dan satu lagi untuk pengesahan.

    “Ia akan membantu kami (mencari punca),” katanya. 

    “Dua anjing itu kini menyiasat dan fokus di tingkat satu yang dipercayai kebakaran bermula.” – Bernama

    Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Assan John membawa anjing pengesan Unit K9 yang bernama Sam semasa melakukan siasatan susulan kebakaran sebuah gedung tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...