Keharmonian masyarakat melalui perkahwinan

ALGERIA – Berkumpul di dalam sebuah khemah di padang pasir Algeria, 30 orang wanita muda sedang membuat satu persediaan untuk melangsungkan perkahwinan mereka bersama dengan jejaka pilihan mereka. Pelbagai jenis pakaian dan kain yang disaluti dengan manik-manik indah digunakan untuk menutup wajah mereka. Wanita-wanita ini mengenakan pelbagai corak inai dan mengenakan bau-bauan wangi di dalam khemah tersebut.

Pada keesokan harinya, 30 pasangan yang akan berkahwin berkumpul secara berasingan. Pasangan-pasangan ini memakai jubah tradisional mereka dan kepala mereka dibalut dengan serban putih manakala pedang hiasan diberikan kepada mereka dan diletakkan di pinggang mereka sambil duduk bersila di atas permaidani di luar kawasan perkhemahan. Di luar kawasan perkhemahan, bakal pengantin lelaki kebanyakannya sedang berdikir dan bergendang menyanyi memperbesarkan kuasa Allah. Manakala selebihnya, bercukur dan mengenakan celak di sekitar mata mereka.

Pada petang itu, bakal-bakal isteri akan dibawa berjumpa dengan bakal-bakal suami di kediaman masing-masing dan mengadakan budaya mengangkat tudung untuk mendedahkan wajah mereka kepada bakal suami mereka. “Bagi kami, tradisi dan budaya adalah paling utama, seorang wanita yang tidak berkahwin dengan baik dan tidak mengikuti adat serta budaya negara ini dianggap tidak sempurna dan tidak melambangkan negara Algeria,” kata Hadja Hnizga, seorang sukarelawan dalam membantu untuk menyediakan upacara perkahwinan besar-besaran ini.

Masyarakat miskin

Kebanyakan 30 pasangan yang akan berkahwin ini terdiri daripada keluarga yang miskin dan upacara perkahwinan besar-besaran ini merupakan satu anjuran daripada persatuan kebajikan ‘SOS 3e-age El-Ihsane’. Tanpa bantuan daripada persatuan itu, hanya beberapa pasangan sahaja akan mampu melangsungkan perkahwinan mereka. Secara puratanya, kos perbelanjaan perkahwinan di Algeria memakan belanja sekitar 1.2 juta dinar (AS$10,000) iaitu menyamai dengan gaji dua tahun pendapatan bagi pekerja Algeria dengan kemampuan minimum gaji mereka.

Kebanyakan pengantin perempuan pula menganggur dan tidak bekerja dan selepas sahaja perkahwinan ini nanti, pasangan-pasangan ini akan tinggal bersama dengan keluarga kedua-dua belah pihak. – AFP
Kebanyakan pengantin perempuan pula menganggur dan tidak bekerja dan selepas sahaja perkahwinan ini nanti, pasangan-pasangan ini akan tinggal bersama dengan keluarga kedua-dua belah pihak. – AFP

Seramai 30 pasangan pengantin telah mengikuti anjuran perkahwinan besar-besaran itu yang mana kebanyakan mereka menerima gaji-gaji yang rendah. – AFP
Seramai 30 pasangan pengantin telah mengikuti anjuran perkahwinan besar-besaran itu yang mana kebanyakan mereka menerima gaji-gaji yang rendah. – AFP

Dianggap upacara mahal

Dengan kos perbelanjaan yang sangat mahal untuk mengadakan upacara perkahwinan di Algeria tidak menghalang beberapa orang penduduk untuk melangsungkan dan meraikan majlis perkahwinan mereka. Pada tahun 2013, terdapat kira-kira 370,000 majlis perkahwinan telah dilangsungkan dan bilangan itu menurun daripada tahun sebelumnya yang mana dianggarkan 386,000 individu telah melangsungkan perkahwinan mereka walaupun bilangan penduduk semakin meningkat di negara itu.

“Di bahagian belakang negara ini, terdapat banyak warga penduduk yang miskin dan memerlukan beberapa bantuan,” kata Souad Chikhi, presiden persatuan yang telah menganjurkan perkahwinan besar-besaran itu di Ain Salah, Algeria. Dikenali sebagai sebuah bandar oasis di tengah-tengah padang pasir Sahara di tengah Algeria, Ain Salah duduk berdekatan dengan tapak pengeluaran gas alam yang sangat besar namun tidak semua penduduk mendapat manfaat daripada sumber-sumber itu malah sebahagian penduduk semakin bertambah miskin dan hidup penuh dengan kekurangan. Seramai 30 pasangan pengantin telah mengikuti anjuran perkahwinan besar-besaran itu yang mana kebanyakan mereka menerima gaji-gaji yang rendah malah ada juga di antara mereka bekerja sebagai pemandu teksi, pengawal keselamatan dan buruh pertanian.

Selain daripada menguruskan majlis perkahwinan mereka, persatuan ini turut memberikan para pengantin hadiah seperti peralatan pinggan mangkuk dan pakaian. – AFP
Selain daripada menguruskan majlis perkahwinan mereka, persatuan ini turut memberikan para pengantin hadiah seperti peralatan pinggan mangkuk dan pakaian. – AFP

Manakala kebanyakan pengantin perempuan pula menganggur dan tidak bekerja dan selepas sahaja perkahwinan ini nanti, pasangan-pasangan ini akan tinggal bersama dengan keluarga kedua-dua belah pihak kerana pasangan ini masih tidak mampu untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Ramai telah meluahkan rasa syukur kerana walaupun mereka menghadapi pelbagai kekurangan dalam hidup namun dengan usaha persatuan ini, impian mereka dalam direalisasikan untuk berkahwin secara besar-besaran.

“Inisiatif untuk membiayai dan membantu anak-anak muda yang baik ini adalah satu kerja yang baik dan dipandang mulia di sisi agama. Apabila saya mendengar mengenai persatuan ini, saya secara automatik ingin terus memberikan tenaga dan jasa bakti untuk mengambil bahagian dalam majlis perkahwinan ini. Apa yang pasti persatuan ini banyak membantu mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan,” kata Mohammed kepada wartawan AFP.

Selain daripada menguruskan majlis perkahwinan mereka, persatuan ini turut memberikan para pengantin hadiah seperti peralatan pinggan mangkuk dan pakaian.

“Alhamdulilah, kami dapat untuk mengumpulkan hadiah malah kami mampu untuk membayar mas perkahwinan untuk lelaki dan juga perempuan serta saya berharap semua ini akan membawa kehidupan mereka lebih bahagia dan kekal sehingga ke Syurga,” kata Chikhi kepada wartawan mengakhiri temu ramah. – AFP