Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Kehijauan hamparan rumput bak permaidani

    PERSEKITARAN taman lebih semula jadi dengan hamparan hijau rumput.

    Ia juga menambahkan keselesaan bersantai sambil anak bebas bermain kerana kurang risiko cedera.

    Di sebalik keindahan hamparan rumput itu, tentunya penjagaan dan penyelenggaraan sempurna diperlukan.

    Hamparan rumput yang segar, hijau dan bersih menyerikan sambutan rumah terbuka kerana anda dan tetamu mungkin selesa menjamu kuih-muih dengan sekadar berada di taman.

    Memotong rumput nampak mudah, namun ia antara faktor yang menentukan keadaan tanaman itu selepas dipotong.

    Hamparan hijau rumput menyerikan suasana laman.
    Hamparan hijau rumput menyerikan suasana laman.

    Sebenarnya ia perlu dipotong mengikut musim. Jika musim kemarau, rumput perlu dipotong pendek sedikit bagi mengurangkan keperluannya terhadap air.

    Jika musim biasa, rumput perlu dipotong kira-kira 0.06 meter dari ketinggian asalnya.

    Elakkan memotong terlalu pendek hingga kelihatan bahagian rongga atau akar rumput.

    Rumput terlalu pendek mendedahkan permukaan tanah kepada cahaya.

    Permukaan yang berlekuk pula mudah terdedah dengan kulat hingga mendatangkan masalah kepada tanaman itu.

    Secara tidak langsung menggalakkan biji benih rumpai mudah bercambah.

    Selain faktor cuaca, memotong rumput seharusnya mengikut keperluan. Jika bercadang mengadakan rumah terbuka, rumput perlu dipotong seminggu sebelum itu.

    Bahagian yang dipotong mengambil masa untuk menjana tisu baru.

    Awal pagi antara waktu paling sesuai memotong rumput kerana keadaan itu membantu mencegah kadar kehilangan air pada bahagian rumput yang dipotong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...