Kehijauan Taman Ayrlies beri rasa ketenangan

TAMAN Ayrlies antara taman negara yang terbaik terletak berhampiran dengan Whitford, Tenggara Auckland di Pulau Utara New Zealand.

Ia mempunyai kawasan yang berkeluasan 4.8 hektar diliputi dengan hamparan rumput semula jadi, kolam dan laluan air yang menambahkan pesona landskapnya.

Tidak terkecuali adalah pelbagai jenis tanaman yang dapat ditemui di kawasan itu dari kelompok unik termasuk menawarkan warna-warna ‘panas.’

Anda yang mengunjungi taman ini tentu turut menemui kuntuman mawar, perennial,tumbuhan sub-tropika.

Begitu juga dengan kewujudan pelbagai jenis pokok besar termasuk swamp cypress dan pin oak.

Para pengunjung setentunya berasa sangat selesa dan tenang di Taman Ayrlies memandangkan ia bukan sahaja menjanjikan panorama hijau yang menenangkan malah juga beberapa kemudahan seperti gazebo untuk berehat.
Para pengunjung setentunya berasa sangat selesa dan tenang di Taman Ayrlies memandangkan ia bukan sahaja menjanjikan panorama hijau yang menenangkan malah juga beberapa kemudahan seperti gazebo untuk berehat.

Malah pokok ini juga turut tumbuh dengan subur di kawasan iklim lembap dan panas.

Menariknya, suasana mesra pengunjung itu membuatkan anda tidak berasa kekok ketika berada di Taman Ayrlies.

Ini kerana terdapatnya tempat rehat seperti wakaf atau gazebo dibina sekali gus tidak mengganggu ruang antara tanaman.

Material penguat landskap di taman itu juga dilihat lebih praktikal selain tapak atau ruang luas yang menempatkan tanaman tertentu secara konsisten.

Dibina oleh Beverly McConnell pada awal tahun 1964 apabila McConnel dan keluarganya berpindah ke kawasan itu.

Awalnya hanya beberapa ruang tertentu yang ditanam dengan tanaman pilihan pada keluasan hanya 1.2 hektar saja.

Kemudian ia diperluaskan ke 4.8 hektar pada tahun 1978 termasuk penambahan tiga kolam besar.

Sementara pada tahun 2000 pula suasana di kawasan itu menjadi lebih semula jadi apabila wujudnya paya dalam tasik seluas 3.2 hektar sekali gus menggabungkan kawasan dinamakan sebagai taman teluk Hauraki Gulf.

“Jika anda fikirkan berkebun sebagai salah satu bentuk seni, Taman Ayrlies adalah ungkapan terbaik dalam seni itu,” kata Pengurus Taman Botani Auckland, Jack Hobbs.

Pada masa sama Taman Ayrlies yang juga taman bermusim dilihat menjadi ‘pusat’ penjagaan tanaman horikultur dan botani dalam meneruskan kelangsungan landskap hijaunya.

Secara keseluruhannya, taman ini dilihat begitu matang kerana bukan saja dilitupi pelbagai jenis tanaman dan pokok besar, malah lebih dari itu.

Bunga liar meadow juga menjadi tarikan utama atau luar biasa ketika tibanya awal musim panas.

Bermakna setiap musim pemandangan di taman unik ini adalah berbeza-beza.

Walaupun sudah dibuka kepada umum, namun temu janji perlu dibuat sebelum anda membuat kunjungan.