Wednesday, September 28, 2022
32.3 C
Brunei

Kehilangan ketinggian mendadak sebelum helikopter dilaporkan hilang

-

IPOH, 11 SEPT – Sistem radar Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter membawa seorang juruterbang yang terputus hubungan sebelum dilaporkan hilang di kawasan hutan sekitar Bidor hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Chester Voo berkata pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang walau bagaimanapun tiada panggilan kecemasan dibuat.

“Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada satu minit.

“Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di KLATCC telah segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia berada di lokasi terakhir yang diketahui untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

CAAM mengesahkan bahawa sebuah helikopter jenis Eurocopter EC120B, pendaftaran N409HH yang dikendalikan oleh Heli Outpost Sdn Bhd gagal dihubungi oleh KLATCC pada pukul 12:16 tengah hari tadi.

Juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 11:37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan untuk mendarat pada 12:37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Dalam pada itu, operasi SAR juruterbang bersama helikopter yang dijalankan sejak petang tadi, dihentikan sementara malam ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri pada sidang media di Balai Polis Bidor di sini, kira-kira 70 kilometer dari Ipoh malam ini berkata operasi akan diteruskan pada pukul 8 pagi esok, memandangkan faktor cuaca tidak mengizinkan dan menentu sejak petang hingga ke malam ini. – Bernama

Datuk Mohd Yusri Hassan Basri menjawab pertanyaan media mengenai insiden helikopter terhempas, pada sidang media di Balai Polis Bidor malam tadi. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -