Kehilangan Luke Perry diratapi
BARISAN selebriti termasuklah Leonardo DiCaprio, telah menggunakan media sosial untuk memberi penghormatan kepada pelakon Luke Perry, yang meninggal dunia baru-baru ini setelah mengalami penyakit strok minggu lalu. Pelakon itu, yang terkenal dengan lakonannya dalam rancangan siri TV ‘Beverly Hills’, ‘90210’ dan berlakon dalam rancangan yang masih berjalan ‘Riverdale’ menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 52 tahun.

































