Keiko Fujimori buat rayuan

LIMA, 7 Nov – Peguam pemimpin pembangkang berpengaruh Peru, Keiko Fujimori memfailkan rayuan semalam bagi tempoh penjara selama 36 bulan di mana ia akan menjejaskan peluangnya untuk bersaing dalam jawatan presiden pada 2021.

Fujimori telah dipenjarakan pada minggu lepas bagi siasatan rasuah melibatkan berjuta-juta dolar yang belum selesai yang telah mengejutkan arena politik Peru.

Peguamnya, Giulian Loza memberitahu para wartawan, permohonan bersama mahkamah itu disokong, terperinci dan memberi respons kepada setiap perkara yang dibuat oleh Hakim Richard Concepcion Carhuancho dalam perintahnya.

Peguam bela meminta perbicaraan rayuan dilakukan dalam tempoh dua minggu.

“Mereka tolak permohonan itu, kami akan pergi ke Mahkamah Tinggi,” kata Loza.

Anak perempuan kepada mantan presiden Alberto Fujimori dituduh menerima AS$1.2 juta untuk dana parti daripada syarikat pembinaan Brazil Odebrecht semasa kempen presiden pada 2011.

Beliau akan berdepan 20 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Bagi perintah penahanannya, Carhuancho berkata terdapat ‘keraguan serius’ di mana Fujimori menjadi de facto organisasi jenayah yang berkubu di dalam parti dan menggelapkan wang tersebut.

Beliau menyifatkan Fujimori sebagai ‘berisiko tinggi’ dan langkah yang patut dilakukan adalah penahanan pencegahan. – AFP

Keiko Fujimori (tengah) hadir semasa dibicarakan atas tuduhan rasuah pada 31 Oktober lalu. Keiko memfailkan rayuan semalam terhadap tempoh penjara selama 36 bulan di mana ia akan menjejaskan peluangnya bagi bersaing dalam jawatan presiden pada 2021. – AP