Monday, November 11, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keindahan Bruges merentasi ruang masa

    BRUGES – Melalui kawasan di pusat Bruges umpama mengalami sebuah pengembaraan romantik ke zaman lampau.

    Dengan menampilkan bangunan yang telah dibina sekurun yang lalu sekaligus dilengkapi dengan saluran sungai dan laluan diperbuat dari batu buntar setentunya akan membuatkan individu yang berpeluang berada di kawasan tersebut akan berasa seperti dalam dunia lama Eropah.

    Bruges juga adalah salah sebuah bandar yang tercantik di Eropah Barat di mana ia pernah dikenali sebagai Venice di Utara.

    Terletak satu jam dari barat laut Brussels berhampiran dengan Laut Utara, Bruges adalah ibu negeri Flanders Barat di wilayah Flemish Belgium.

    Bandar tersebut telah terselamat daripada kerosakan yang besar kesan daripada dua perang dunia dan terdapat banyak daripada senibina zaman pertengahannya tidak terjejas membuatkan pusat bandar bersejarah tersebut diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000.

    Suasana The Markt di Bruges yang sering berjaya mendapat perhatian dalam kalangan pengunjung dan turut menampilkan patung pejuang kebebasan zaman pertengahan Jan Breydel dan Pieter de Coninck.
    Suasana The Markt di Bruges yang sering berjaya mendapat perhatian dalam kalangan pengunjung dan turut menampilkan patung pejuang kebebasan zaman pertengahan Jan Breydel dan Pieter de Coninck.
    Muzium Groeninge yang menempatkan koleksi lukisan dari kurun ke-18 dan 19 iaitu zaman neoklasik dan realis.
    Muzium Groeninge yang menempatkan koleksi lukisan dari kurun ke-18 dan 19 iaitu zaman neoklasik dan realis.
    Kebanyakan struktur bangunan di Bruges yang mencecah usia berkurun tahun masih tetap terus dipelihara sehingga kini. – AP
    Kebanyakan struktur bangunan di Bruges yang mencecah usia berkurun tahun masih tetap terus dipelihara sehingga kini. – AP

    Hanya dengan berjalan di kaki lima dan sepanjang terusan itu pun sudah cukup memadai, namun terdapat beberapa tempat yang harus dilihat di sekitar bandar termasuklah hasil kerja awal Michelangelo dan berikut adalah antara yang menjadi mercu tanda di Bruges.

    Dataran besar di pusat bandar menempatkan The Markt yang merupakan salah sebuah tempat yang sangat cantik dan sibuk di Burges.

    Ia merupakan sebuah pasar yang mula beroperasi pada tahun 958, The Markt (Dataran Pasar) pada kebiasaannya dipenuhi dengan pejalan kaki dan basikal silang menyilang yang melewati patung pejuang kebebasan zaman pertengahan Jan Breydel dan Pieter de Coninck.

    Dataran tersebut dirangka dengan menara Belfry yang megah dan Istana Wilayah, tempat berdirinya Mahkamah Wilayah Flanders Barat.

    Rumah lama yang diselaputi emas dengan kedai kopi di aras bawah tersusun dataran yang selebihnya. Hari Rabu merupakan hari tumpuan di pasar itu yang mana makanan tradisi Belgium dapat ditemui.

    Puncak menara Our Lady terletak 381 kaki di atas bandar dan didakwa sebagai salah satu struktur bangunan yang diperbuat dari bata yang tertinggi di dunia.

    Ruang dalamannya seperti muzium seni, dipenuhi dengan lukisan yang sangat cantik, ukiran kayu yang terperinci dan makam yang diukir dengan rumit.

    Namun, seni yang menjadi tarikan ramai adalah patung marmar Michelangelo iaitu “Madonna and Child” yang dipercayai dihasilkan pada sekitar tahun 1505 dan merupakan satu-satu di antara patung-patungnya yang dibawa keluar dari Itali semasa hayatnya.

    Pada masa ini, gereja tersebut sedang menjalani pengubahsuaian yang utama dan hanya akan selesai menjelang tahun hadapan.

    Dibina di atas tapak zaman pertengahan Abbey Eekhout, Muzium Groeninge mempunyai pelbagai jenis seni Belgium termasuk lukisan daripada kurun ke-18 dan 19 zaman neoklasik dan realis, ekpresionisme Flemish dan seni moden selepas era perang.

    Fokus utama dalam koleksi tersebut adalah hasil kerja yang dihasilkan oleh suku kaum Flemish termasuk Jan Van Eyck, Hans Memling dan Hugo van der Goes.

    Begijnhof pula adalah tempat sunyi yang sesuai untuk melarikan diri daripada suasana sibuk yang terdapat di seluruh pusat bandar.

    Diasaskan pada tahun 1245, ia adalah tempat tinggal kepada Beguines, sekumpulan perempuan yang hidup dalam keadaan warak tanpa menjadi sebahagian daripada rahib wanita.

    Kini, tempat ini menjadi tempat kediaman untuk rahib wanita yang mengikuti kepercayaan St. Benedict, ia mempunyai halaman luas yang ditanam dengan pokok poplar, rumah-rumah, gereja yang aktif dan muzium kecil untuk mencipta semula tempat kediaman Beguine.

    Belanda terkenal dengan kincir anginnya yang banyak namun di Bruges sahaja, ia mempunyai empat kincir angin. Kincir angin Santa John House dipercayai telah dibina pada tahun 1770 dan hanya satu yang dibuka untuk pengunjung.

    Ianya terletak di timur laut bandar tersebut. Kincir angin Santa John ini adalah satu-satunya kilang yang masih berada di tempat asalnya dan masih aktif dalam menjalankan aktiviti mengisar bijirin.

    Pada dasarnya, kincir angin tersebut beroperasi pada setiap hari dan ditutup pada hari Isnin.

    Belgium memiliki kawasan pesisir pantai yang agak terhad di sepanjang Laut Utara, walau bagaimanapun ianya berbaloi untuk dilihat sekurang-kurangnya pada musim panas) dan perjalanan menuju ke kawasan tersebut memakan masa selama 30 minit dari Bruges.

    Oostende pula adalah pekan yang terbesar dan pusat pengangkutan dan perikanan yang utama. Pekan-pekan pantai terletak di kawasan pantai, dari Knokke berhampiran Belanda ke De Panne berhampiran Perancis.

    Kawasan Pantai dan bukit berpasir itu jelas merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti luaran, dari berenang dan meluncuri angin ke kapal layar darat di mana ia seolah-olah menaiki kapal layar dengan menggunkan roda.

    Laut Utara itu sangat cetek sekali gus menjadikan paras air yang surut juga turut menyukarkan lagi perjalanan yang dilalui. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda