Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Keindahan kampung kemenyan menjelang Tahun Baharu Cina

    HANOI – ‘Kampung kemenyan’ di Vietnam berkilau-kilauan dan kelihatan sungguh mempesonakan dalam warna merah muda ketika pekerja menyediakan batang kemenyan wangi untuk cuti Tahun Baharu Cina, namun peraturan ketat untuk membendung penularan COVID-19 menyuramkan keindahannya.

    Bulan Januari lazimnya masa paling sibuk dalam tahun untuk pekerja di kampung Quang Phu Cau di pinggir bandar Hanoi, di mana tradisi untuk membuat kemenyan wujud lebih daripada satu abad lamanya.

    Ketika cuti tahun baharu Tet di Vietnam semakin hampir – yang disambut pada tahun ini pada 1 Februari – jualan meningkat mendadak dengan orang ramai membanjiri tokong-tokong untuk menyalakan kemenyan semasa sembahyang, atau membakar batang setanggi di mazbah atau altar nenek-moyang di rumah.

    Namun sementara penduduk kampung sibuk mewarna, mengering dan meraut kulit buluh untuk menghasilkan batang kemenyan, mereka mengeluh perniagaan adalah lembap dan perlahan.

    “Saya rasa jualan kami telah merosot sebanyak 30 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” kata Nguyen Thi Luyen, 59.

    Seorang pekerja menyusun batang kemenyan di kampung Quang Phu Cau sebelum perayaan Tahun Baharu Cina, juga dikenali sebagai Tet di Vietnam. – AFP
    Seorang pekerja mewarnakan batang kemenyan di sebuah bengkel di kampung Quang Phu Cau di pinggir bandar Hanoi. – AFP

    Proses pembuatan batang kemenyan. -AFP

    Negara komunis Vietnam melaporkan pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2021 pada 2.58 peratus – tahap paling rendahnya dalam tiga dekad – ketika negara mengenakan sekatan ketat untuk memerangi pandemik.

    Pengeluaran, rantaian bekalan dan perniagaan terjejas teruk apabila hampir seluruh negara dikenakan sekatan selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

    Keadaan mula bertambah baik, tetapi kesannya tetap terasa.

    “Biasanya, terdapat trak yang membawa produk kami dari wilayah pusat dan wilayah sempadan. Namun pada tahun ini, disebabkan dasar pencegahan pandemik, trak tidak dapat membawa produk ke sana,” beritahu Luyen kepada AFP.

    Quang Phu Cau adalah antara beberapa tempat yang bertaburan di seluruh Vietnam mengeluarkan kayu kemenyan, bau harum setiap kelompok dihasilkan khas untuk memenuhi cita rasa rantau di mana ia dijual.

    Kebanyakan keluarga dalam kampung itu terlibat dalam perniagaan yang diwarisi turun-temurun, daripada memotong batang buluh dan mencelup batang buluh nipis dalam pewarna merah muda untuk menyalut kayu kering dalam pes berbau harum.”

    “Kami benar-benar berharap keadaan akan kembali seperti biasa tidak lama lagi,” kata Luyen. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...