Keindahan Thailand pukau para pelancong dunia

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

HOTEL lima bintang yang sangat terkenal khususnya kepada para pelancong, Centara Central World merupakan hotel terakhir yang telah dikunjungi oleh penulis bersama ejen-ejen pelancong tempatan bersama wakil Kedutaan Thailand di Negara Brunei Darussalam di hari terakhir mereka di Thailand.

Penulis bersama rombongan yang lain begitu beruntung kerana masing-masing telah disediakan dengan sebuah bilik suite bagi penginapan satu malam.

Hotel yang penuh kemewahan ini terletak di pusat perbelanjaan terkenal Central World yang mana ia memudahkan para pelancong untuk membeli-belah di dalam satu bumbung. Hotel ini boleh dilalui melalui skywalk tertutup untuk ke BTS Skytrain.

Sepanjang keberadaan di sana, penulis juga berpeluang untuk mendaptkan akses ke tingkat 55, iaitu Restoran Red Sky yang mana ia membawa konsep terbuka yang memberikan pandangan kota Bangkok yang begitu indah dan menakjubkan.

Hotel ini memberikan perkhidmatan yang begitu baik dan menyenangkan serta selesa. Bilik yang disediakan begitu luas dengan pemandangan bilik di tingkat 44 yang menakjubkan.

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Biravij Suwanpradhes semasa turut berkunjung ke Art In Paradise.
Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Biravij Suwanpradhes semasa turut berkunjung ke Art In Paradise.

Lukisan-lukisan 3D yang menarik di Art In Paradise.
Lukisan-lukisan 3D yang menarik di Art In Paradise.

Apa yang menarik lagi, hotel ini juga turut menyediakan makanan-makanan halal jika diperlukan, mengikut cita rasa pelanggan mereka masing-masing.

Di hari terakhir itu juga, rombongan juga berkesempatan untuk berkunjung ke Bounce yang terletak di The Street Ratchada Shopping Complex, Tingkat Lima, Bangkok.

Bounce merupakan sebuah pusat permainan dan hiburan bagi kanak-kanak dan dewasa yang membawa konsep sebuah arena trampolin yang besar dan juga arena ‘rock climbing’.

Suasana di Bounce.
Suasana di Bounce.

Penulis bergambar bersama Biravij Suwanpradhes dan isteri
Penulis bergambar bersama Biravij Suwanpradhes dan isteri
Rombongan bergambar ramai bersama Biravij Suwanpradhes.
Rombongan bergambar ramai bersama Biravij Suwanpradhes.
Suasana di Hotel Centara Central World.
Suasana di Hotel Centara Central World.

Sebelum ini, penulis bersama rombongan turut berkunjung ke Art in Paradise, Esplanade, Bangkok yang mana ia merupakan sebuah muzium negara yang mempamerkan pelbagai lukisan fenomena alam yang dibuat secara tiga dimensi (3D).

Muzium 3D ini memaparkan lukisan-lukisan yang tertera di dinding dan juga di lantai. Ia memberi satu suasana yang unik dan seakan-akan lukisan itu hidup.

Muzium ini sememangnya sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Penulis serta rombongan gembira apabila berada di sana.

Penulis dan juga rombongan ejen-ejen pelancongan tempatan ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kedutaan Thailand di Negara Brunei Darussalam kerana telah mengadakan lawatan sepanjang lima hari itu.

Sememangnya, melancong ke Negara Thailand tidak akan menghampakan para pelancong khususnya bagi mereka yang beragama Islam kerana hotel-hotel dan restoran-restoran berkonsepkan halal telah semakin meningkat dan mudah didapati.