Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Keith Foo guna media sosial sebar tentang kesihatan mental

    Subjek kesihatan mental cukup sinonim dengan pelakon Keith Foo kerana sedar dengan situasi tidak menentu ketika ini ramai dalam kalangan masyarakat yang mengalami tekanan.

    Atas sebab itu, Keith atau Foo Chuan Chin, 39, menggunakan platform media sosial berkongsi perkara positif dengan pengikutnya dan secara tidak langsung mungkin dapat membantu mereka yang sedang berdepan masalah itu.

    “Saya tidak dapat berjumpa dengan peminat atau pengikut saya di media sosial setiap hari, jadi dengan perkongsian kata-kata positif di Instagram diharap dapat membantu mereka serta mendekatkan diri saya dengan pengikut di laman media sosial.

    “Tambahan pula dengan situasi sekarang, ramai di antara kita yang sedang berdepan dengan tekanan.

    “Dengan adanya perkongsian motivasi itu diharap dapat memberi sedikit harapan kepada yang membacanya,” katanya kepada wartawan.

    Keith Foo menggunakan platform media sosial berkongsi perkara positif dengan pengikutnya dan secara tidak langsung membantu mereka yang mungkin sedang berdepan dengan masalah. – Agensi

    Dalam pada itu, selepas lebih 10 tahun mencipta nama sebagai pelakon, Keith bersyukur apabila semakin ramai penerbit mula menawarkannya watak berbeza dan bukannya hanya karakter lelaki romantik.

    Keith berkata, sebagai pelakon sudah menjadi harapannya untuk mempamerkan sisi berbeza serta menunjukkan kekuatan lakonannya kepada penonton.

    “Mungkin sebelum ini penerbit mahupun pengarah berasa kurang yakin untuk memberikan watak berbeza kerana saya kerap muncul sebagai lelaki romantik dalam drama.

    “Tetapi sekarang situasi itu sudah jauh berbeza apabila saya banyak mendapat watak lebih berat termasuk berkaitan kesedaran kesihatan mental.

    “Pada saya itu sesuatu yang baharu dan peluang terbaik untuk membuktikan yang sebenarnya saya boleh membawakan pelbagai jenis karakter,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...