Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kejadian bakar Al-Quran perlu tindak balas tegas

    ISTANBUL, 1 FEB – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam menuntut ‘tindak balas yang tegas’ terhadap kejadian membakar salinan Al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini.

    Blok Islam itu menyuarakan pendirian bersama terhadap penodaan Al-Quran baru-baru ini dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di Jeddah, Arab Saudi.

    Mereka membincangkan kemungkinan tindakan yang boleh diambil oleh OIC terhadap pelaku serangan Islamofobia itu, lapor agensi Anadolu.

    Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha “mengulangi kekecewaannya terhadap tindakan provokasi yang dilakukan oleh aktivis sayap kanan, menekankan bahawa tindakan berkenaan adalah perbuatan jenayah yang dilakukan dengan niat utama menyasarkan umat Islam, menghina agama, nilai suci mereka,” menurut kenyataan itu.

    Setiausaha Agung itu menambah bahawa tindakan sengaja mencemarkan Al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

    Tindakan demikian merupakan penghinaan langsung kepada keseluruhan 1.6 bilion penduduk Islam, justeru Taha meminta semua pihak berkepentingan mengambil tindakan tegas, agar provokasi serupa tidak berulang pada masa hadapan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...