Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kejayaan bakal menanti Aaron-Wooi Yik

    KUALA LUMPUR, 29 OGOS – Bukan sahaja berjaya menamatkan badi kekalahan di separuh akhir malah lebih manis beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini berdiri megah di puncak dunia.

    Pencapaian Aaron-Wooi Yik yang menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia, dilihat mampu menjadi titik tolak kebangkitan mereka mengukir nama di persada dunia.

    Aaron-Wooi Yik menumpaskan juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-14 pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Jepun, semalam.

    Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek percaya kejayaan bersejarah Aaron-Wooi Yik menguatkan lagi mental serta meningkatkan tahap permainan mereka sekali gus menghadirkan lebih banyak kejayaan membanggakan dalam  mana-mana kejohanan ataupun temasya sukan disertai selepas ini.

    “Kejayaan ini akan beri lebih semangat untuk mereka terus berjuang lakar nama di persada dunia tak kira pertandingan mana sekali pun termasuk Sukan Olimpik Paris 2024, kita harap mereka terus berjaya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...