Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Kejayaan filem Spider-Man bantu tingkatkan keuntungan Sony

    TOKYO, 2 FEB – Sony meningkatkan ramalan keuntungan bersih tahunan hari ini, disokong oleh kejayaan filem Spider-Man terbaharunya dan keputusan kukuh dalam sektor permainan walaupun kekurangan cip global.

    Ia muncul sebagai sebuah syarikat teknologi Jepun untuk menandingi saingan syarikat AS, Microsoft dalam sektor permainan selepas pemerolehan filem aksi Activision.

    Sony telah mencatatkan rekod keuntungan bersih pada 2020 hingga 2021, dengan lonjakan pandemik yang berlaku menyebabkan sektor permainan menyaksikan permintaan tinggi yang membawa kepada keuntungannya.

    Walaupun permintaan besar untuk permainan semakin berkurangan sekarang, Sony berkata mereka akan terus melihat prestasi kukuh di pelbagai sektor termasuk perfileman, permainan dan elektronik.

    Konglomerat itu kini mengunjurkan keuntungan bersih sebanyak AS$7.4 bilion untuk tahun fiskal hingga Mac 2022, setelah meningkatkan unjuran setahun penuh kepada 730 bilion yen pada suku tahun sebelumnya.

    Kadar pertukaran asing yang menggalakkan dan jangkaan penurunan dalam kerugian operasi dalam sektor lain termasuk bahagian korporatnya juga akan meningkatkan keuntungannya, katanya.

    Kumpulan itu suka dengan keputusan kuat dalam bahagian filemnya termasuk untuk “Spider-Man: No Way Home”, yang dikeluarkan pada Disember dan tidak lama lagi boleh mengatasi “Avatar” sebagai filem ketiga tertinggi Amerika Utara.

    “Ini adalah keuntungan terbesar yang pernah dilihat oleh Sony Pictures Entertainment,” kata Ketua Pegawai Kewangan, Hiroki Totoki kepada wartawan.- AFP

    Sony melihat keuntungan dari “Spider-Man: No Way Home” itu sebagai keuntungan terbesar yang pernah mereka lihat. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...