Kejayaan HBT 2018 diraikan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Bagi menghargai sumbangan dan komitmen pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah (HBT) ke-6 bagi Belia Asia Tenggara 2018, satu majlis makan malam penghargaan telah pun diadakan di Hotel Parkview, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Pada majlis itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyatakan penghargaannya kepada semua pihak terutama sekali kepada pihak penaja berikutan kejayaan itu dan ia merupakan acara susulan selepas Majlis Kesyukuran yang diadakan petang semalam.

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang wakil penaja. – Fadhil Yunus

Pada awal majlis telah menyaksikan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tajaan bagi HBT 2018 ialah Jackson Ting.

Sementara itu pada acara kemuncak majlis, turut menyaksikan majlis penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada para penaja yang telah pun disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.