Kejayaan Taapsee Pannu beri keyakinan buat pilihan luar biasa

Pelakon Bollywood, Taapsee Pannu bersedia untuk terlibat dalam pelbagai projek akan datang dan mengatakan kejayaan itu telah memberinya keyakinan untuk membuat pilihan luar biasa dalam mana-mana filem yang ditawarkan.

“Kejayaan telah memberi keyakinan kepada saya bahawa saya menuju ke arah yang betul dan keputusan saya terhadap tawaran filem adalah juga betul. Jika saya memberi input dalam proses pembuatan filem dan mereka menerimanya, ia membuktikan saya boleh jadi pelakon yang diterima ramai,” ujarnya.

Taapsee baru-baru ini memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik (pengkritik) semasa gala anugerah popular bersama Bhumi Pednekar untuk terbitan Diwali 2019, Saand Ki Aankh. Tahun lalu Taapsee juga membawa peranan penting dalam filem-filem seperti Badla, Game Over dan Mission Mangal.

Memulakan kariernya dengan sederhana dalam industri perfileman India Selatan, Taapsee Pannu membuat penampilan pertamanya di Bollywood melalui filem komedi arahan David Dhawan, Chashme Baddoor pada tahun 2012 namun tidak lama selepas itu wajah menghiasi di setiap pawagam selepas peranannya dalam filem Pink arahan Aniruddha Roy Chow-dhury pada 2016. – Agensi

Taapsee Pannu memulakan kariernya dengan sederhana dalam industri perfileman India Selatan dan kini beliau dikenali di industri Bollywood. – Agensi