Oleh Fadhil Yunus –
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Alumni dengan kerjasama Persatuan Alumni UNISSA telah menganjurkan Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Alumni UNISSA sempena Hafl Al-Takharruj ke-13 yang berlangsung di Gimnasium UNISSA, Gadong, kelmarin.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr Supri bin Haji Sudin.
Gandingan Mohd Azizi bin Haji Jamil dan Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin muncul juara kejohanan manakala gandingan Mohd Khairun Nazimeen bin Rudy Sahardey dan Mohd Hazwan Hanif bin Junaidi meraih tempat kedua.
Kejohanan itu bertujuan meng-eratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli alumni UNISSA selain mencungkil bakat khususnya menerusi badminton.
Sebanyak 14 pasukan Alumni UNISSA telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
