Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kejohanan Berpasukan Badminton Asia bakal berlangsung

    KUALA LUMPUR, 25 JAN – Badminton Asia hari ini mengesahkan bahawa Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2022 akan berlangsung di Pusat Konvention Setia City di Selangor dari 15 hingga 20 Februari.

    Badminton Asia dalam yang dikeluarkan hari ini menyatakan edisi keempat BATC yang juga menjadi kejohanan kelayakan untuk Piala Thomas dan Uber 2022 di Bangkok akan dianjurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan kerajaan negeri Selangor.

    “BAM akan menggunakan protokol kesihatan yang ketat mengikut standard Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan peraturan ditetapkan kerajaan Malaysia. Pemain dan pegawai dari seluruh Asia akan menyertainya dan bertanding untuk gelaran pasukan terbaik di Asia,” menurut kenyataan Badminton Asia.

    Badminton Asia yakin dengan kejayaan penganjuran kejohanan itu, daripada pengalaman yang didapati daripada dua siri kejohanan pada 2021 dalam keadaan pandemik COVID-19, iaitu tiga kejohanan di Thailand pada awal tahun dan Festival Badminton Indonesia pada hujung tahun, kedua-duanya dilangsungkan dalam sistem gelembung. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...