Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Jelajah Dunia dibatalkan

GENEVA, 27 FEB – Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Jelajah Dunia yang dijadualkan berlangsung dari 29 April hingga 3 Mei di bandar Xiamen, Tenggara China, dibatalkan susulan wabak COVID-19, umum Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB ) pada Rabu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, FIVB dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil selepas membuat “penilaian teliti mengenai situasi semasa wabak COVID-19 di China serta susulan permohonan Persatuan Bola Tampar China dan pihak berkuasa berkaitan.”

Bagaimanapun, tarikh baharu belum dapat ditentukan.

FIVB menegaskan pembatalan itu demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan atlet, peminat dan pegawai.

Dalam kenyataan FIVB turut bersimpati dengan mereka yang terjejas akibat wabak tersebut. – Bernama