Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Futsal Takmir Masjid Kg Batu Marang

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang baru-baru ini telah mengadakan majlis taklimat belia bagi Kejohanan Futsal Belia 5-Sepasukan anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang buat kali pertama bagi tahun 2017.

    Hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid dan Ketua Imam, Awang Saiful Rizal bin Haji Abd Ghafar, selaku Pengerusi Takmir Masjid Kampung Batu Marang dan ahli-ahli jawatankuasa takmir dan para belia masjid.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Saiful Rizal dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Muhammad Sharine Hadiman bin Sahari selaku Setiausaha Takmir Masjid Kampung Batu Marang.

    Dalam majlis ini juga diisikan dengan sesi pengenalan ahli-ahli jawatankuasa takmir kepada semua belia yang hadir, telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Takmir Masjid, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi.

    Penyerahan kemeja-T tajaan di akhir majlis tersebut.
    Penyerahan kemeja-T tajaan di akhir majlis tersebut.

    Penyelia Hal Ehwal Belia yang juga selaku Setiausaha Kejohanan, Awang Ismawi bin Haji Maidin telah menyampaikan sesi taklimat mengenai kejohanan tersebut, sebelum diteruskan dengan undian nama-nama pasukan yang menyertai kejohanan bagi menentukan kumpulan masing-masing.

    Sebanyak lapan pasukan telah membuat pendaftaran, di mana setiap pasukan melibatkan tujuh orang pemain. Antara pasukan yang akan bersaingan adalah Al Aleem, Al Quddus, Al Razzaq, Al Jabbar, As Salam, Al Fattah, Al Wahhab dan Al Qahhar.

    Di akhir majlis itu turut menyaksikan acara penyampaian kemeja-T tajaan yang telah disampaikan oleh Presiden Kelab Bola Sepak MIISA United, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi kepada Pengerusi Takmir Masjid Kampung Batu Marang sebelum diserahkan kepada para ahli jawatankuasa takmir.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda