Kejohanan Kia Klasik dibatalkan

LOS ANGELES, 21 OGOS – Pertandingan Kia Klasik, yang dijadualkan pada 24 hingga 27 September di Carsbad, California, telah dibatalkan, LPGA mengumumkan kelmarin.

“Kami menghargai usaha oleh Kia untuk cuba mengadakan acara tahun ini supaya terlaksana dan kami tidak sabar untuk bermain semula di Kelab Golf Aviara pada 2021,” menurut pesuruhjaya LPGA, Mike Whan dalam kenyataannya.

Kejohanan tersebut yang dimenangi oleh pemain dari Jepun, Nasa Hataoka, yang pada asalnya dijadualkan pada bulan Mac tetapi telah ditunda ke bulan September ketika jadual perlawanan LPGA telah terjejas oleh pandemik koronavirus.

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung di China dan Taiwan pada bulan Oktober telah dibatalkan bulan ini. Jelajah telah dilangsungkan empat kejohanan sebelum pandemik COVID-19 telah memaksa kejohanan digantungkan selama lima setengah bulan. – AFP