Kejohanan LPGA Senior dibatalkan

LOS ANGELES, 19 APRIL – Kejohanan LPGA Senior yang dijadualkan pada 30 Julai hingga 1 Ogos di Indiana telah dibatalkan dan akan dilangsungkan pada 2021, pesuruhjaya LPGA, MikeWhan berkata.

“Membatalkan sebarang kejohanan golf adalah keputusan yang sukar dan menyakitkan,” jelas Whan.

“Kami sangat-sangat bersyukur atas sokongan dan fleksibiliti dari resortFrench Lick dan Legends Tour semasa waktu ini.

“Yang paling penting, semua kami komited untuk tradisi senior wanita yang penting, dan kami tidak dapat menunggu untuk menyaksikan wanita-wanita legenda untuk memulakan perlawanan sekali lagi pada 2021.”

Kejohanan sulung LPGA Senior telah dilangsungkan pada tahun 2017 dengan Trish Johnson menjadi pemenang.

Laura Davies memenanginya pada tahun 2018 dan Helen Alfredsson menjadi juara pada tahun lalu.

Padang gof Pete Dye di resort French Lick telah menjadi tuan rumah bagi setiap edisi.

Kalender golf, seperti sukan lain, telah digantungkan kerana pandemik koronavirus.

Jelajah PGA AS mengumumkan rancangan sementara untuk menyambung permainan pada bulan Jun dengan empat kejohanan pertama mereka akan ditutup bagi orang ramai. – AFP