Kejohanan LPGA Shanghai dibatalkan

SHANGHAI, 12 OGOS – Jelajah LPGA hari ini membatalkan kejohanan Shanghai selepas China berkata ia tidak akan mengadakan kebanyakan kejohanan sukan antarabangsa tahun ini disebabkan oleh koronavirus.

LPGA Shanghai, yang dimenangi oleh pemain nombor dua dunia dari Amerika Syarikat, Danielle Kang, yang dijadualkan pada 15 hingga 18 Oktober tetapi telah dibatalkan ‘disebabkan oleh kebimbangan kesihatan dan sekatan perjalanan ketika ini’, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jelajah.

“(Kami) tidak sabar untuk kembali ke Kelab Golf Qizhong Garden, Shanghai pada 2021,” tambah kenyataan.

Ia seperti tidak dapat dielakkan bahawa kejohanan berprestij lelaki Kejohanan HSBC Golf Dunia bernilai A$10.5 juta, yang akan mengambil tempat dua minggu kemudian di Shanghai, turut akan dibatalkan.

Hampir kesemua kejohanan sukan terkemuka antarabangsa di China tahun ini, termasuk WTA dan ATP Tenis, telah dibatalkan ketika negara itu cuba untuk menghalang kes import.

Formula Satu Grand Prix China di Shanghai, yang ditunda pada bulan April, turut dibatalkan.

Pemain-pemain golf profesional lelaki dan wanita telah membuat kepulangan di Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi tanpa kehadiran peminat dan protokol langkah pencegahan virus yang ketat. Musim Jelajah LPGA 2020 telah digantung disebabkan oleh pandemik pada Februari selepas empat kejohanan, dua di Florida dan dua di Australia dilangsungkan. – AFP