Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam akan menganjurkan Kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan kali ke-27 tahun 2022.
Tujuh acara perlumbaan akan dipertandingkan iaitu (PF10)–10 Pekayuh 800m Terbuka Lelaki, (PF20)–20 Pekayuh 800m Terbuka Lelaki, (PF10)–10 Pekayuh Kementerian–Lelaki, (PF20)–20 Pekayuh Kementerian–Lelaki, (PT10) –10 Pekayuh Terbuka Lelaki, (PT20)–20 Pekayuh Terbuka Lelaki, dan (PF30)– 30 Pekayuh Terbuka Lelaki.
Matlamat dan tujuan kejohanan ini dianjurkan adalah sebagai projek tahunan persatuan berkenan untuk memberigakan tradisi lumba perahu kepada semua peringkat dan sebagai wadah bagi mengisi masa lapang kepada peminat-peminat sukan lumba perahu terutama para remaja untuk menghindarkan daripada gejala isu sosial yang negatif.
Di samping itu, ia juga diadakan bagi mencari dua pasukan yang berpotensi dan menjuarai perlumbaan dalam kategori utama (PF10 dan PF20) 800m terbuka sebagai pekayuh kebangsaan bagi mewakili negara ke kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Kejohanan ini akan diadakan pada 16 Oktober 2022 di Kompleks Sukan Air Serasa Muara.