Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kejohanan mampu cungkil pelapis pelumba M’sia

    LENGGONG, 18 JAN – Penyediaan lebih banyak litar serta kerjasama terancang dengan penganjur sukan motocross amat diperlukan dalam usaha melahirkan lebih ramai pelapis pelumba Malaysia dalam sukan itu.

    Pelumba negara Malaysia, Khairul Afif Ghazali, 26, berkata dua faktor tersebut berupaya memajukan sukan itu sekali gus berpotensi besar melahirkan lebih ramai pelumba di peringkat antarabangsa, termasuk dalam kelas MotoGP.

    “Dulu kita ada Motocross Series di beberapa negeri namun terhenti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kini ada penganjuran dan sirkuit namun tidak banyak serta lebih bersifat kejohanan.

    “Apabila lebih banyak litar diwujudkan, ia akan memberi peluang kepada pelumba untuk berlatih dan bersaing sekali gus melahirkan ramai pelumba negara,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menyertai kejohanan motocross Mok Cun Track Day 2022 di Felda Lawin Utara, kira-kira 85 kilometer dari Ipoh, baru-baru ini.

    Khairul Afif berkata lebih banyak penganjuran perlumbaan perlu diadakan di setiap negeri bagi mewujudkan kelainan serta cabaran tersendiri kerana setiap perlumbaan akan memberi pengalaman berbeza kepada semua pelumba. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...