Kejohanan Memorial, LPGA desak kehadiran penonton dibenarkan

WASHINGTON, 21 MEI – Kejohanan PGA Memorial yang dianjurkan oleh Jack Nicklaus dan kejohanan LPGA yang dijadualkan akan kembali dari penggantungan koronavirus, dilaporkan mendesak Gabenor Mike DeWine untuk membenarkan penonton untuk menghadiri kejohanan itu.

Pengarah kejohanan dari kejohanan tersebut dan dua lagi yang dijadualkan di ne-geri itu pada bulan Julai dan Ogos, menulis surat Jumaat lepas kepada DeWine, Colombus Dispatch melaporkan kelmarin.

Mereka mahu DeWine untuk menamatkan atau melonggarkan sekatan perhimpunan beramai-ramai supaya peminat dapat menyaksikan kejohanan. Beliau mengehadkan perhimpunan kepada 10 orang atau kurang bermula 12 Mac kerana penularan wabak.

“Persoalannya adalah, “Bolehkah anda bermain dalam kejohanan tanpa peminat? Tidak boleh,” kata pengarah kejohanan Maraton Klasik LPGA, Judd Silverman. – AFP