Kejohanan pemanasan badan berdepan cabaran baharu

MELBOURNE, 18 NOV – Kejohanan pemanas badan sebelum Grand Slam Terbuka Australia kini berada dalam ketidakpastian hari ini selepas penganjur memaklumkan ‘cabaran baharu’ kepada pemain yang tiba di negara tersebut semasa pandemik koronavirus.

Kenyataan mengatakan ketibaan asal dirancang pada Disember itu kini berada dalam ketidakpastian, berpotensi terganggu dengan jadual perlawanan padat pada Januari.

Pemain terpaksa menjalani pengasingan diri selama 14 hari, sebarang penundaan akan menjadi sukar untuk menganjurkan Piala ATP dan kejohanan lain sebelum Terbuka Australia.

“Dalam perbincangan dengan Tenis Australia, kami telah dimaklumkan bahawa terdapat cabaran baharu terhadap rancangan tarikh ketibaan pemain dan ahli pasukan yang dirancang sebelum ini,” menurut ATP yang kemudian dikongsikan oleh pemain nombor 193 dunia, Lukas Lacko menerusi Twitter.

“Kami memahami terdapat ketidakpastian mengenai permulaan musim 2021, dan kami berusaha keras untuk mengadakan sebaik mungkin acara tersebut,” tambah ATP.

Perjalanan antarabangsa ke Australia masih dikawal ketat dan ketibaan dari luar negara perlu menjalani pengasingan diri selama dua minggu, sementara setiap negeri mempunyai sekatan koronavirus yang tersendiri. – AFP