Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kejohanan PGA milik Justin Thomas

    TULSA, AMERIKA SYARIKAT, 24 MEI – Justin Thomas menewaskan rakan senegaranya, Will Zalatoris dengan satu pukulan dalam play-off agregat tiga lubang pada Ahad lalu untuk memenangi Kejohanan PGA di Southern Hills.

    Thomas, juara PGA 2017 meraih kejuaraan utama kedua dengan melepasi dua bawah par dalam play-off dengan Zalatoris mendapat satu bawah par.

    Zalatoris dan Thomas masing-masing melakukan birdie pada par-5 di lubang ke-13. Pada par-4 di lubang ke-17, Thomas beraksi cemerlang dengan dua pukulan birdie dari jarak 36 kaki manakala pukulan Zalatoris berada tujuh kaki dari lubang dan terlepas birdie.

    Di lubang ke-18, Zalatoris terlepas percubaan birdie sejauh 40 kaki dan Thomas mengakhiri perlawanan dengan memunggut mata kemenangan menerusi dua pukulan dari 26 kaki.

    Thomas membuat pukulan tiga bawah par 67 pada pusingan akhir dan Zalatoris, naib juara Masters tahun lepas, membuat pukulan 71 untuk menamatkan 72 lubang di Southern Hills dengan kebuntuan lima bawah 275. – AFP

    Reaksi Justin Thomas meraikan kemenangan dengan menjulang Piala Wanamaker selepas memenangi kejohanan golf Kejohanan PGA dalam play-off baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...