Kejohanan ‘Piala Keamanan’ ke-6 dirasmikan

SHENYANG, CHINA, 25 OGOS – Upacara perasmian bagi Kejohanan Jemputan Bola Sepak Remaja Antarabangsa ‘Piala Keamanan’ ke-6 telah diadakan di stadium Nombor 2 di Taman Bola Sepak Dunia ‘Piala Keamanan’ di Shenyang pada 21 Ogos lalu.

Kejohanan Jemputan Bola Sepak Remaja Antarabangsa ‘Piala Keamanan’ itu telah dianugerahkan sebagai satu-satunya ‘Projek Demonstrasi industri Sukan Negara’ di timur laut China pada tahun ini. Pertandingan ‘Piala Keamanan’ itu masih berpegang teguh kepada tema ‘One Belt dan One Road’ yang menghubungkan dunia dengan keamanan dan persahabatan.

Ia telah ditaja oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenyang dan dijalankan oleh kerajaan rakyat bagi daerah Heping dan biro sukan Shenyang.

Wakil daripada beberapa kelab bola sepak profesional dari eselon bawah 13 tahun domestik, empat pasukan pelajar asing dan pasukan-pasukan remaja dari seluruh negara itu telah menghadiri majlis kemasukan itu. Pelajar-pelajar antarabangsa dari universiti-universiti mempunyai kekuatan yang tegap, dengan pemain dari lebih 20 buah negara termasuk Rusia, Ghana, Nigeria, Maghribi, Mexico dan sebagainya.

Ini adalah kali pertama pasukan bola sepak bagi pelajar-pelajar antarabangsa dari universiti-universiti mengambil bahagian di dalam ‘Piala Keamanan’ itu, yang meningkatkan dengan ketara keseronokan bagi pertandingan itu. – Bernama