Kejohanan ragbi: Negara second tier diberi peluang

PARIS, 24 APRIL – Bill Beaumont telah berjanji untuk menjadikan kesatuan ragbi antarabangsa kelihatan seperti ‘kedai tertutup’ jika dia dipilih menjadi pengerusi Ragbi Dunia.

Bekas ketua pasukan England berusia 68 tahun itu sedang merebut penggal empat tahun kedua sebagai ketua badan pengurusan sukan global tetapi berdepan dengan cabaran dari Agustin Pichot, timbalan presiden ketika ini, untuk merebut jawatan tertinggi tersebut.

Kedua–dua kejuaraan antarabangsa utama kesatuan ragbi, Six Nations Eropah, dan Kejohanan Ragbi Hemisfera Selatan, kini tidak mempunyai sebarang promosi atau penyingkiran.

Para pengkritik berpendapat ini menghambat pengembangan kod 15 sepasukan sebagai sukan global sebenar, dengan negara-negara seperti Georgia dan Fiji berusaha keras untuk mendapatkan masa permainan melawan negara-negara terkemuka di antara perlawanan Piala Dunia, yang mengambil tempat setiap empat tahun sekali.

Beaumont berkata dia bersimpati dengan negara-negara second tier, memberitahu AFP dalam temu bual menerusi telefon kelmarin: “Kami akan menukar jadual untuk memastikan bahawa dalam perlawanan pemanasan badan Piala Dunia bahawa kami mempunyai pasukan-pasukan utama bermain dengan negara-negara second tier untuk membantu mereka dengan sesi pemanasan badan.

“Tetapi juga yang ingin kami lakukan adalah melabur di rantau-rantau negara tersebut untuk memastikan mereka menerima dana yang mencukupi dan pasukan-pasukan tersebut mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bersedia.”

Beaumont merupakan orang yang menyuarakan rancangan tahun lalu untuk kejuaraan negara-negara baharu yang merangkumi Six Nations dan kejuaraan ragbi yang mempunyai sistem promosi dan penyingkiran.

Tetapi skim tersebut dibatalkan di tengah-tengah laporan kerisauan Scotland mengenai kemungkinan diturunkan ke bahagian bawah.

Walaupun begitu, Beaumont dengan kesatuan ragbi terhenti disebabkan oleh koronavirus, percaya beberapa langkah pembaharuan kini mungkin berlaku. – AFP