Kejohanan Renang Brunei buka tirai

Oleh Khairil Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Kejohanan Renang Peringkat Umur Brunei ke-27 membuka tirainya hari ini di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Kejohanan bermula dengan beberapa acara pada sesi pagi antaranya acara 200 Meter Kuak Kupu-kupu Lelaki (7-9 tahun), 200m Kuak Kupu-kupu Lelaki (10-11 tahun), 200m Kuak Kupu-kupu Lelaki (14-25 tahun), 200m Kuak Kupu-kupu Lelaki (16-18 tahun), 200m Kuak Kupu-kupu Perempuan (7-9 tahun), 200m Kuak Kupu-kupu Perempuan (10-11 tahun), 200m Kuak Kupu-kupu Perempuan (12-13 tahun), 200m Kuak Kupu-kupu Perempuan (14-15 tahun) dan 200m Kuak Kupu-kupu Perempuan (16-18 tahun).

Sesi petang diteruskan lagi dengan beberapa acara antaranya 100m Gaya Bebas Lelaki (7-9 tahun), 100m Gaya Bebas Lelaki (10-11 tahun), 100m Gaya Bebas Lelaki (12-13 tahun), 100m Gaya Bebas Lelaki (14-15 tahun) dan 100m Gaya Bebas Lelaki (16-18 tahun).

Para perenang dalam acara 100m Gaya Bebas Lelaki (16-18 tahun) juga merupakan calon-calon kelayakan bagi kejohanan antarabangsa.

Kejohanan tersebut, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, akan melabuhkan tirainya pada Ahad ini.

Antara acara renang yang berlangsung pada hari pertama Kejohanan Renang Peringkat Umur Brunei ke-27, kelmarin.