Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Renang FOBISIA meriah

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim hari ini berkenan mewakili Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dan menyemarakkan lagi Kejohanan Renang Jemputan Sekolah-Sekolah Antarabangsa British Asia (FOBISIA) di Kompleks Kolam Renang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

    Pada hari pertama kejohanan, Yang Teramat Mulia menyertai acara kuak lentang 50 Meter bahagian lelaki bagi pelajar kategori umur 9 – 10 tahun dan dijangka akan menyertai beberapa lagi acara lain esok dan hari terakhir pada 22 Januari ini nanti.

    Esok Yang Teramat Mulia akan menyertai acara 4 x 50 meter medley berganti-ganti dan 50 meter kuak dada di sebelah pagi sebelum menyertai acara 100 meter renang bebas di sebelah petang.

    Dua lagi acara yang akan disertai YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim pada hari tertakhir adalah acara 50 meter acara bebas dan 4 x 50 meter berganti-ganti bebas pada hari terakhir Ahad ini nanti.

    Terlebih dahulu di sebelah pagi hari ini kejohanan telah dibuka rasmi oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah hari ini berkenan berangkat menyaksikan anakandanya, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim beraksi pada Kejohanan Renang Jemputan Sekolah-sekolah Antarabangsa British Asia (FOBISIA) di Kompleks Kolam Renang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan anakanda-anakanda,  Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman. Gambar oleh Muiz Matdani.

    Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim hari kelmarin berkenan mewakili Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dan menyemarakkan lagi Kejohanan Renang Jemputan Sekolah-Sekolah Antarabangsa British Asia (FOBISIA) di Kompleks Kolam Renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi melancarkan Kejohanan Renang Jemputan FOBISIA.
    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi melancarkan Kejohanan Renang Jemputan FOBISIA.
    Antara aksi acara kejohanan renang  yang diadakan pada hari ini.
    Antara aksi acara kejohanan renang yang diadakan pada hari ini.

    Kejohanan kali ini mengumpulkan sekitar 400 orang perenang dari 13 buah sekolah dari enam buah negara antaranya daripada Pasukan Tiger Shark mewakili Sekolah Bangkok Patana, Sekolah Antarabangsa Harrow Bangkok, Pasukan Marlins dari Sekolah Antarabangsa St Andrews dan Pasukan Bulldogs mewakili Bangkok Prep, Thailand.

    Sekolah Antarabangsa British Kuala Lumpur, Pasukan Uplands dari Sekolah Antarabangsa Pulau Pinang, dan Sekolah Antarabangsa ELC Selangor, Sekolah British Manila dari Filipina, Kolej Dulwich Seoul, Pasukan Electric Eels dari Sekolah British Jakarta dan Sekolah Antarabangsa Wellington Shanghai.

    Menyertai bagi pihak hos kali ini adalah Pasukan Hammerheads dari ISB dan Pasukan Sekolah Antarabangsa Jerudong.

    Pada hari pembukaan di sini berlangsung 40 acara di kedua-dua sesi pagi dan petang antaranya melibatkan beberapa disiplin renang bagi beberapa peringkat termasuk acara kuak dada 100 meter, acara bebas 200 meter, medley individu 200 meter, kuak kupu-kupu 100 meter dan kuak lentang 50 meter dan 200 meter.

    Esok pada hari kedua, beberapa lagi acara akan dilangsungkan antaranya medley berganti-ganti 4 x 50 meter, medley individu 400 meter, kuak lentang 100 meter dan 200 meter, kuak kupu-kupu 200 meter dan 50 meter dan acara bebas 100 meter serta acara bebas berganti-ganti 4 x 100 meter.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda