Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Kejohanan Skim Karate Jabatan Belia dan Sukan (JBS) bagi Tahun 2022 membuka tirainya pagi tadi dengan menyaksikan beberapa perlawanan mengambil tempat yang berlangsung di Pusat Belia di ibu negara.
Seramai 179 orang atlet menyertai kejohanan pada kali ini yang diadakan bagi mencari atlet-atlet muda baharu yang berbakat untuk dijadikan sebagai atlet pelapis dan kebangsaan.
Di samping itu, ia juga dihasrat agar dapat memberi kesempatan serta penambahan pengalaman bertanding bagi atlet-atlet untuk meningkatkan prestasi mereka dan sebagai penilaian kelemahan dan kekuatan daripada program pembinaan kepada jurulatih-jurulatih karate JBS.
Pada masa yang sama kejohanan itu juga dianjurkan dalam usaha untuk mempromosikan skim sukan karate di keempat buah daerah di negara ini.
Sebanyak 33 kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan karate tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga hujung minggu ini.
