Kejohanan TDAFA teruskan persaingan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 30 Dis – Perlawanan Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) meneruskan lagi saingannya dengan dua perlawanan bagi setiap kategori yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong, hari ini.

Bagi Kategori A yang berlangsung pada sebelah petang, Bamit FC berjaya menumpaskan Belabau FC dengan jaringan 2-1 sementara bagi Kategori B, P.M.S menewaskan Pandan 14 dengan keputusan 4-1.

Jaringan P.M.S dijaringkan oleh Muhd Hafriz Hamzan pada minit ke-20, Norazmiezul Hamidon pada minit ke-43 menerusi sepakan penalti, Abdul Faiq Mabari menjaringkan gol pada minit ke-68 dan Awangku Mohd Hafis bin Pengiran Omar meledakkan gol buat P.M.S pada minit ke-89. Manakala jaringan Pandan 14 dihasilkan oleh Mohd Iqmal Wafi Mohd Benny Boey pada minit ke-57.

Antara aksi P.M.S dan Pandan 14 kelmarin yang berakhir dengan keputusan 4-1 berpihak kepada P.M.S.