Kejohanan tenis Indian Wells dibatalkan

LOS ANGELES, 9 MAC – Kejohanan tenis ATP dan WTA di Indian Wells, California, telah dibatalkan kerana kebimbangan penularan wabak COVID-19, menjadikannya acara sukan utama pertama di Amerika Syarikat mangsa ketakutan wabak tersebut.

Kejohanan itu, salah satu yang terbesar di dalam empat kejohanan gelaran Grand Slams, dibatalkan beberapa hari sebelum ia bermula.

Menurut kenyataan pegawai kejohanan semalam, mereka membuat keputusan untuk membatalkannya kerana pegawai kesihatan California telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam di Coachella Valley di padang pasir timur Los Angeles selepas pengesahan kes COVID-19 di sana.

“Kami sangat kecewa bahawa kejohanan itu tidak akan berlaku, tetapi kesihatan dan keselamatan komuniti tempatan, peminat, pemain, sukarelawan, penaja, pekerja, vendor, dan semua yang terlibat dengan acara ini amat penting,” kata pengarah kejohanan Tommy Haas.

Beberapa hari sebelum kejohanan, penganjur berkata mereka merancang untuk meneruskan menambah langkah-langkah kesihatan seperti stesen pembersihan tangan, protokol pembersihan dan sarung tangan penjaga bola, sukarelawan dan pekerja makanan.

ATP dan WTA juga telah mengeluarkan garis panduan yang berkaitan dengan virus, memberitahu pemain untuk tidak menerima barangan daripada peminat untuk ditandatangani.

Sebelum pembatalan itu, kejohanan itu menawarkan untuk memberikan bayaran balik kepada sesiapa sahaja yang telah membeli tiket, tetapi tidak mahu hadir. – AFP

Seorang pekerja, Jeffrey Brooker membersihkan gelanggang tenis di Indian Wells Tennis Garden pada 8 Mac, di California. – AFP