Kejohanan Terbuka Miami diteruskan

MIAMI, 10 MAC – Penganjur kejohanan Terbuka Miami hari ini berkata, kejohanan itu masih diteruskan, sehari selepas acara kejohanan ATP dan WTA Indian Wells di California dibatalkan atas sebab penularan wabak COVID-19.

Kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh pihak penganjur Terbuka Miami di media sosial berkata persiapan untuk acara sukan tersebut pada 23 Mac hingga 5 April diteruskan seperti yang dijadualkan.

“Keselamatan tetap menjadi keutamaan dan kami memantau situasi COVID-19 dengan lebih rapat dengan pegawai tempatan, negeri dan persekutuan dan organisasi kesihatan yang mengawal kejohanan itu,” kata kenyataan itu.

“Di samping itu, kami bekerjasama dengan jawatankuasa jelajah ATP dan WTA ke atas langkah-langkah terbaik yang disyorkan dan mengikuti garis panduan CDC (Pusat Kawalan Penyakit) dengan teliti untuk menyediakan persekitaran yang selamat untuk peminat, pemain dan kakitangan,” katanya.

Kenyataan itu datang 24 jam selepas penganjur acara ATP dan WTA Indian Wells minggu ini berkata kejohanan itu dibatalkan hanya beberapa hari sebelum ia bermula.

Pegawai kejohanan berkata mereka memilih untuk membatalkan acara itu dan telah dianggap sebagai salah satu kejohanan terbesar dalam tenis di Grand Slams, sejurus selepas pihak berkuasa California mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam di wilayah timur Los Angeles di mana kejohanan tersebut diadakan.

Pengisytiharan itu diikuti sejurus selepas pengesahan kes COVID-19 di rantau itu. – AFP

Kejohanan Terbuka Miami akan diteruskan pada 23 Mac hingga 5 April seperti yang dijadualkan sebelum ini. – AFP