Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kek red velvet gebu bak baldu merah

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Kek red velvet antara kek yang mempunyai ramai peminatnya.

    Terdapat pelbagai cara untuk membuatnya, namun untuk mendapatkan hasil yang betul-betul memuaskan hati, agak sukar juga. Ia merupakan sejenis kek yang terkenal dengan warna merah terang atau merah gelap, dihidangkan bersama krim keju yang kaya sebagai lapisan dan hiasan. Kek ini mempunyai tekstur lembut, halus dan rasa masam manis, disebabkan oleh kombinasi bahan seperti buttermilk dan koko.

    Asalnya, warna merah pada kek ini terhasil daripada reaksi semula jadi serbuk koko dan asid dalam buttermilk. Namun, sekarang, pewarna makanan merah sering ditambah untuk mendapatkan warna merah yang lebih terang dan menarik. Kek ini menjadi sangat popular untuk dimakan sebagai pencuci mulut dan sebagainya.

    BAHAN-BAHAN

    Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek red velvet adalah seperti, 2/3 cawan (150g) unsalted butter, 1½ cawan (337g) gula kastor, telur, dua sudu kecil esen vanila, tiga cawan (375g) tepung gandum, ¼ cawan (32g) serbuk koko, 1 sudu kecil baking soda, ½ sudu kecil baking powder, ¼ sudu kecil garam halus, 1½ cawan susu full cream atau boleh diganti dengan buttermilk ready made, 2½ sudu besar cuka makan atau jus lemon, 2 sudu kecil pewarna merah dan 1½ sudu besar cuka makan. Manakala bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat krim frosting adalah seperti 1 cawan (225g) unsalted butter, 340g cream cheese dan 2½ cawan (312g) gula icing.

    Bahan-bahan:

    • Bahan-bahan untuk kek:
    o 2/3 cawan (150g) unsalted butter
    o 1 1/2 cawan (337g) gula kastor
    o 2 biji telur
    o 2 sudu kecil esen vanila
    o 3 cawan (375g) tepung gandum
    o 1/4 cawan (32g) serbuk koko
    o 1 sudu kecil baking soda
    o 1/2 sudu kecil baking powder
    o 1/4 sudu kecil garam halus
    o 1 1/2 cawan susu full cream
    o 2 1/2 sudu besar cuka makan atau jus lemon
    o 2 sudu kecil perwarna merah
    o 1 1/2 sudu besar cuka makan
    o Nota: boleh ganti bahan bertanda (*) dengan buttermilk ready made

    Bahan-bahan untuk krim frosting:
    o 1 cawan (225g) unsalted butter
    o 340g cream cheese
    o 2 1/2 cawan (312g) gula icing

    CARA PENYEDIAAN

    Cara untuk menyediakan kek pula, mula-mula ayakkan tepung gandum, sebuk koko, baking soda, baking powder dan garam ke dalam satu bekas yang sama. Kemudian sediakan buttermilk namun boleh gunakan pek yang sedia ada, sukat susu full cream kemudian tambah sedikit cuka dan kacau sebati. Setelah itu pukul mentega sehingga licin dan tidak berketul, kemudian masukan gula dan putar sehingga warna bertukar menjadi putih, masukan telur dan tambah sedikit esen vanila.

    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva

    Selepas itu masukan sedikit demi sedikit bahan ayak dan buttermilk berselang-seli, sediakan pewarna merah dan sedikit cuka, tang masuk pewarna dan cuka ke dalam adunan dan kacau sebati. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking. Setelah itu bahagikan adunan kepada dua bahagian, masukan dalam ketuhar yang telah dipanaskan kira-kira 15 minit sebelum bakar kek.

    Manakala cara-cara untuk membuat krim frosting pula putarkan unsalted butter sehingga lembut dan licin, masukkan cream cheese dan sambung putar selepas itu tambahkan gula icing dan esen vanila.

    Cara-cara untuk susunan kek pula, mula-mula keluarkan kek dari loyang, potong bahagian atas kek supaya permukaan kek rata. Kemudian belah dua kek sama tinggi lalu susun kek dan sapu cream cheese frosting ikut kreativiti dan akhir sekali, taburkan sebuk kek di atas kek sebagai hiasan, kemudian sejukkan dahulu kek tersebut di dalam peti sejuk dan ia sedia untuk dimakan, selamat mencuba.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda