Kek Ulang Tahun Hari Keputeraan diagihkan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Sempena Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun bagi Daerah Brunei dan Muara, DST Group pagi tadi mengagih-agihkan kek Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada orang ramai.

Hadir mengagih-agihkan kek berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST Group, Awang Suhaimi bin Hussain. Sebelum itu, Baginda Sultan berkenan memotong kek seberat 10 kilogram sebagai pesambah dari DST Group sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda.

Awang Suhaimi mengagih-agihkan kek Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-71 tahun. – Gambar ihsan DST Group
Awang Suhaimi mengagih-agihkan kek Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-71 tahun. – Gambar ihsan DST Group