Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    KEKAL anjur Ride 360 ke Kota Kinabalu

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Seramai 12 orang ahli Kelab Motosikal (KEKAL) Daerah Tutong telah mengadakan aktiviti menunggang motosikal sambil beramal menerusi Ride 360 mengelilingi Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, baru-baru ini.

    Aktiviti yang berlangsung selama lapan hari itu telah diketuai oleh Yang Di-Pertua KEKAL, Awang Samsudin @ Ismail bin Haji Lani yang bersama ahli-ahli lain menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di Surau Al-Hikmah, Kampung Sarikan Nabawan.

    Menurut Ketua Biro Pelancongan KEKAL, Awang Hashim bin Aliuddin, meskipun perjalanan yang ditempuhi sangat jauh namun ia memberi pengalaman yang begitu bermakna kepada mereka untuk memberi kepuasan minda dan fizikal atas satu minat yang sama.

    Tambahnya, dengan perjalanan melebihi 1,500 kilometer, mereka berpeluang menyaksikan kawasan-kawasan negara jiran antaranya Daerah Tenom, Keningau, Kalabakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Sapi Nangoh, Pitas, Kudat, Kota Marudu, Kota Kinabalu, Papar, Beaufort dan Sipitang.

    KEKAL Daerah Tutong ketika mengadakan aktiviti menunggang motosikal sambil beramal, Ride 360, mengelilingi Sabah, Malaysia. – Gambar serahan KEKAL
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...