Kekal cantik di usia 46 tahun

Masih ingat lagi dengan pelakon sinetron popular di era 90an, Tamara Bleszynski? Dulu aktres cantik ini pernah muncul dalam filem Cicak Man 2 pada tahun 2008.

Tamara memegang watak sebagai Rrama, yang diupah oleh Professor Klon lakonan Datuk Aznil Nawawi untuk menjadi pembunuh.

Selain itu, Tamara terkenal menerusi sinetron berjudul Hikmah yang bersiaran pada bulan Ramadan. Di Malaysia, drama ini ditayangkan di Astro Ria dan musim 2-3 di Astro Prima dan Astro Oasis pada tahun 2004-2006.

Siapa sangka, wanita ini kini sudah mencecah usia 46 tahun namun wajahnya seperti tak dimamah usia. Masih cantik dan jelita, ini beberapa foto terkini Tamara.

Baru-baru ini, anak lelakinya, Teuku Rassya, 22, terbuka mengenai kisah cintanya. Diketahui bahawa Rassya memuat naik foto kekasihnya secara terbuka dia akaun Instagram @clecleisln.

Rassya mendedahkan reaksi ibunya ketika dia menjalinkan dengan wanita pilihannya. Malah, Rassya mengakui bahawa dia serius dan ingin berkahwin dengan segera.

Namun, dia masih memikirkan beberapa aspek lain seperti karier hingga hal kewangan.

Pelakon dan penyanyi itu mendedahkan bahawa dia sering berkongsi perasaan kepada ayah dan ibunya. Keluarga juga selalu menyokong keputusan Rassya dalam memilih wanita untuk menemani hidupnya. Ditanya mengenai nasihat ibu bapa, Rassya mengatakan bahawa keluarga sering mengingatkannya akan hal-hal baik. – Agensi

Meski mencecah usia 46 tahun namun wajah Tamara seperti tak dimamah usia, malah dia bakal menerima menantu.
– Agensi