Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekal gaya hidup sihat dengan riadah

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 14 Jan – Bersempena dengan Jualan Amal 2018 anjuran Majlis Perundingan Mukim (MPM) Keriam, Pasukan Kayuhan Sembatang telah mengendalikan aktiviti Riadah Berbasikal di kawasan Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, pagi tadi.

    Hadir bagi melancarkan pelepasan kayuhan bagi acara yang disertai hampir 100 peserta itu ialah Ketua Kampung Sungai Kelugos, Haji Ismail bin Haji Mohammad yang juga selaku Setiausaha MPM Keriam.

    Kayuhan tersebut bermula dari Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong menuju ke Lebuhraya Tutong, Kampung Sengkarai, Pekan Tutong, menuju ke Kampung Suran, Kampung Panchor Papan, Kampung Panchor Dulit, Kampung Penanjong dan seterusnya kembali semula ke Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

    Turut serta dalam acara riadah berbasikal itu ialah Kumpulan Berbasikal Ekspedisi Sukarelawan Tutong (BEST), ahli-ahli MPM Keriam dan peminat-peminat penunggang basikal. Adapun tujuan riadah berbasikal itu diadakan adalah sebagai salah satu program bagi memeriahkan lagi suasana Jualan Amal 2018, di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli MPM Keriam dan peminat-peminat basikal, sekali gus dapat menggalakkan para peserta untuk terus mengekalkan cara hidup sihat dengan melakukan aktiviti riadah.

    Haji Ismail ketika melancarkan pelepasan riadah berbasikal, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda