PHNOM PENH, 13 FEB – Jurucakap Kementerian Kesihatan Kemboja, Or Vandine hari ini menggesa orang ramai untuk lebih berwaspada dan mematuhi protokol kesihatan di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19 akibat varian Omicron.
Kementerian Kesihatan Kemboja mencatatkan 401 kes baharu COVID-19 hari ini, empat daripadanya adalah kes import, dan kesemua kes yang disahkan telah dijangkiti oleh varian Omicron.
Namun tiada kematian direkodkan selama 40 hari berturut-turut, dan sejak pandemik bermula, Kemboja, melaporkan sebanyak 123,443 kes dan 3,015 kematian. – Xinhua