Kekalahan pertama Beckham

LOS ANGELES, 2 MAC – Kelab yang dimiliki David Beckham, Inter Miami membuat permulaan yang mengecewakan di pertandingan Major League Soccer semalam dengan kekalahan 1-0 ketika menentang Los Angeles FC.

Jaringan hebat dari penyerang antarabangsa Mexico, Carlos Vela memastikan kemenangan untuk Los Angeles di Stadium Banc California dalam permainan yang didominasi oleh pasukan tuan rumah.

Inter Miami menyertai liga musim ini sejak bekas bintang England, Manchester United dan Real Madrid, Beckham memilih untuk menjadi pemilik pasukan itu sendiri pada tahun 2014. – AFP