Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kekalahan pertama buka mata Tabuan Muda

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) Brunei Darussalam, Aminuddin bin Jumat melabelkan kekalahan 6-0 kepada Kemboja sebagai pembuka mata dalam Kumpulan A Kejohanan B-23 Persekutuan Bola sepak ASEAN (AFF) di Stadium Kebangsaan Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja kelmarin.

    Tabuan Muda menamatkan penantian lama negara untuk penampilan kompetitif antarabangsa sejak penyertaan mereka di Sukan Asia Tenggara (SEA) pada Disember 2019 selepas membuat penampilan sulung dalam pertandingan serantau itu.

    Ketua jurulatih itu berkata semasa sidang media selepas perlawanan, “Kami mengambil peluang ini sebagai batu loncatan kami untuk mendedahkan pemain kami. Kami benar-benar kekurangan set-piece tetapi kami akan cuba memperbaiki untuk perlawanan akan datang.”

    Beliau menambah, “Kemboja adalah pasukan yang sangat bagus dan mereka bagus dengan set-piece dan penguasaan bola. Ini adalah peluang kami untuk membawa pemain keluar dan kami berharap mereka dapat merasakan suasana kejohanan itu.

    “Ia membuka mata bagi pemain-pemain kami di mana mereka dapat melihat perbezaan tahap antara kedua-dua pasukan. Ia adalah satu proses pembelajaran untuk kami menambah baik dalam perlawanan seterusnya.”

    Aksi salah seorang pemain Kemboja membawa bola dalam perlawanan AFF B-23 antara Brunei dan Kemboja kelmarin. – Gambar serahan SportFiVE

    Sembilan pemain membuat penampilan sulung antarabangsa mereka di peringkat B-23 termasuk dua pemain berusia 17 tahun, Nazry Aiman bin Azaman dan Danish Syariee bin Masrazni – dua daripada ahli termuda dalam skuad tersebut.

    Hanya empat pemain – Muhd Wafi Aminuddin, Muhd Nur Asyraffahmi bin Norsamri, Muhd Hanif Aiman bin Haji Adanan dan Muhd Hakeme Yazid bin Said – dalam barisan pemain utama telah diuji sebelum ini di peringkat antarabangsa B-23.

    “Jelas sekali kami tidak terlibat dalam mana-mana kejohanan yang lebih tinggi tetapi pemain baharu melakukannya dengan baik hari ini dan saya harap mereka boleh melonjakkan diri mereka ke tahap yang lebih tinggi.”

    Aminuddin seterusnya menambah, “Kami mempelajari rentak permainan yang perlu kami perbaiki terutamanya apabila kami mahu bermain ke hadapan. Kami agak perlahan dan kami kurang kreativiti.

    “Sudah tentu bukan mudah untuk memberi impak yang cepat tetapi kami cuba memperbaiki perkara ini.”

    Sementara itu, ketua jurulatih dari Kemboja, Hirose Ryu berkata, “Kami tidak mempunyai persiapan sebaik yang kami mahukan tetapi para pemain bangkit dan beraksi dengan baik pada malam itu.”

    Dia menambah, “Kami tidak menyediakan sebarang pelan permainan khusus untuk mana-mana pasukan di mana tumpuan tertumpu kepada permainan penguasaan tinggi kami sendiri.

    Pasukan B-23 negara akan bertemu Timor Leste pada hari Khamis sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Filipina di Stadium Prince pada 20 Februari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...