Kekalahan pertama Mourinho

LONDON, 5 DIS – Jose Mourinho gagal mempertahankan kemenangan di Old Trafford selepas Marcus Rashford mencetakkan dua gol di gawang Tottenham 2-1.

Kekalahan ini merupakan kekalahan pertama Mourinho sejak mula menjadi pengurus kelab tersebut. Kekalahan Tottenham menaikkan kedudukan Manchester United ke tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris di atas Tottenham.

Rashford telah menjaringkan gol pertama selepas menewaskan penjaga gol Tottenham Paulo Gazzaniga, sepakan kencang beliau menjadikan Manchester United mendahului pertandingan tersebut.

Manchester United bermain dengan cemerlang pada separuh masa yang pertama namun gawang Manchester United bolos selepas Dele Alli mencetak gol dengan menebusi dua orang pemain pertahanan dari United sebelum mencetak gol bagi Tottenham pada minit ke-45 dan menjadikan gol ke-4 di bawah bimbingan Mourinho.

United menghasilkan gol kedua melalui tendangan penalti selepas Moussa Sissoko melakukan kesilapan di kotak penalti menjatuhkan pemain United di separuh masa kedua. Rashford telah mengambil tendangan penalti tersebut dan menjadikan United 2-1 Tottenham hingga pengadil permainan meniup wisel akhir.

“Tiga mata yang diperoleh amat penting bagi kami,” kata pengurus United, Solskjaer.

“Kami telah mendapat banyak keputusan terikat di perlawanan musim ini.

“Ia satu pengajaran yang amat bermakna selepas dua perlawanan sebelumnya dan kini kami kembali dengan cemerlang malam ini.”

“Amat sukar bagi kami untuk berlawan dengan pasukan yang mempunyai objektif yang sama seperti kami, cuba untuk menduduki kedudukan enam teratas didalam liga ini, kami harus teruskan perjalanan, walaupun kami melakukan kesilapan namun ia merupakan satu pengajaran yang amat bagus dan tidak ada apa untuk dikesali,” Kata pengurus Tottenham, Mourinho. – AFP

Reaksi Solskjaer, (kiri) ketika memberikan arahan kepada pemain semasa perlawanan di antara Manchester United dan Tottenham Hotspur di Old Trafford Manchester, England. – AP