Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kekalkan insurans COVID

    Baru-baru ini saya terbaca satu pendapat pembaca bertajuk Syukur negara hampir bebas COVID yang disiarkan dalam Media Permata pada 21 September lalu.

    Dalam surat itu, penulis ada menjelaskan mengenai negara telah banyak melonggarkan beberapa langkah pencegahan wabak COVID.

    Sehubungan itu juga penulis berhasrat agar pihak relevan turut dapat melonggarkan syarat pembelian insurans untuk masuk dan keluar negara.

    Sejujurnya saya tidak bersetuju dengan pandangan penulis terhadap pelonggaran pembelian insurans berkenaan kerana ada baiknya ia dikekalkan untuk manfaat orang awam sendiri. Memang tidak dinafikan wabak COVID ada yang sudah menganggapnya sebagai demam biasa saja namun bukan bererti kita sudah bebas dan aman sepenuhnya.

    Pembelian insurans ini bukan hanya bertujuan untuk perlindungan diri daripada jangkitan COVID semata-mata malahan ia turut berguna jika berlaku sebarang perkara tidak diingini tanpa diduga ketika berada di luar negara.

    Sebagai contoh, jika seseorang itu terkena serangan jantung dan terpaksa dirawat di hospital negara luar, sudah tentu memerlukan perbelanjaan untuk membayar kos rawatan.
    Dengan adanya insurans ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk menampung rawatan kita.

    Memang tidak dinafikan rungutan demi rungutan dari orang awam mengenai insurans ini terutama bagi mereka yang melakukan perjalanan sehari dua ke negara jiran namun fikirkan kebaikan daripada pembelian insurans ini.

    Orang awam

    Dengan pembelian insurans ini sedikit sebanyak dapat membantu kita menampung kos rawatan jika kita dirawat di hospital luar negara.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...