Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekalkan kebersihan tanah perkuburan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Seramai kira-kira 60 orang penduduk Kampung Subok terlibat dalam aktiviti bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Lama Datu Di Bumbun di kampung tersebut hari ini.

    Mengetuai aktiviti gotong-royong tersebut ialah Ketua Kampung Subok, Awang Mohd Jais bin Mohd Salleh. Juga hadir ialah Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok, Haji Bostamam bin Haji Lamat, ahli-ahli MPK Subok dan penduduk kampung.

    Aktiviti tersebut juga diselajurkan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Haji Salleh bin Haji Murah, diikuti dengan penyerahan wakaf pondok daripada hamba Allah kepada Awang Mohd. Jais.

    Kegiatan seumpama ini diungkayahkan setiap bulan Syawal bagi sama-sama memastikan tanah perkuburan tersebut sentiasa dalam keadaan bersih di samping mengingati kaum keluarga yang sudah kembali ke rahmatullah. Aktiviti tersebut juga bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli MPK Subok dan penduduk kampung.

    Awang Mohd Jais bergambar bersama ahli MPK dan penduduk kampung yang hadir semasa gotong-royong tersebut.
    Awang Mohd Jais bergambar bersama ahli MPK dan penduduk kampung yang hadir semasa gotong-royong tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda