Kekangan perjalanan UK jejas kempen vaksin

JOHANNESBURG, 23 SEPT – Pemerhati kesihatan Kesatuan Afrika hari ini memberi amaran yang sekatan perjalanan pandemik Britain boleh membuatkan orang ramai di seluruh benua itu enggan untuk divaksinasi.

Di bawah sekatan itu, Britain hanya mengiktiraf vaksin yang dihasilkan di beberapa buah negara.

Kebanyakan di dunia dan semua di Afrika, Britain tidak akan mengiktiraf vaksin-vaksin yang dihasilkan tempatan – meskipun vaksin itu datang dari Britain.

“Jika anda menghantar vaksin kepada kami vaksin dan anda katakan, ‘kami tidak akan mengiktiraf vaksin tersebut’, ia memberi mesej sangat mencabar buat kami,” kata John Nkengasong, ketua Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Afrika (Africa CDC).

“Mesej itu telah mewujudkan kekeliruan dalam kalangan penduduk kami…mewujudkan lebih banyak keengganan bagi orang yang menerima vaksin itu,” ujarnya kepada sidang berita mingguan.

Di bawah peraturan itu yang berkuat kuasa 4 Oktober, pengunjung yang tiba ke UK dari negara yang disenaraikan ‘merah’ adalah dikehendaki untuk kuarantin di hotel-hotel diluluskan kerajaan meskipun mereka telah divaksin.

Pengunjung dari negara-negara yang tidak ada dalam senarai merah juga berdepan sekatan ketat, termasuk ujian tambahan dan isolasi di rumah.

Britain merupakan penderma aktif vaksin koronavirus kepada Afrika, menghantar lebih lima juta suntikan ke Afrika, menurut data PBB.

Nkengasong bimbang warga Afrika akan mempersoalkan kenapa mereka harus mengambil vaksin itu, ketika beberapa negara Eropah enggan untuk mengiktiraf vaksin berkenaan. – AFP