Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekasih baru Sulli mohon privasi

    SELEPAS dilaporkan putus cinta, ahli f(x) iaitu Sulli dikatakan sudah mempunyai pengganti.

    Lelaki yang dikenali sebagai Kim Min Jun, berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pengarah jenama.

    Bagaimanapun, dalam sebuah status laman sosial peribadinya, Kim Min Jun, memberitahu dia tidak selesa menjadi bahan perhatian masyarakat.

    “Saya orang biasa yang bekerja sebagai buruh. Saya tidak suka wajah saya tersebar di Internet tanpa izin,” tulisnya di laman instagram peribadi.

    Seperti dipetik Osen, kekasih baru Sulli ini meminta netizen menjaga privasinya.

    “Saya sangat berterima kasih jika kamu boleh menjaga privasi saya dan menganggap saya hanya pekerja biasa,” ujarnya.

    Hubungan Sulli dan Kim Min Jun telah disahkan bercinta oleh agensi SM Entertainment baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda